20 March, 2009

Masak-masak

Hmm...smlm ada org request aku masak..sbb mak xde huhu..
So pagi ni, bangun tdo lambat sikit tp sempat gak masak..masak apa ek?

Padprik campur..(mujur bahan2 dh siapkan mlm smlm)




Update..

Hmm 2 hari cuti..aku wat ape ek?


Rabu

Pagi sebenarnya nk gi sopping2 sikit, nak beli apa ek tgh2 poket bocor ni?
Mula2 teringat mak nk beg Avon nk bwk balik kg..so gi la Avon kat Maluri...pegi carik parking x jumpa pastu nmpk lak beberapa org dok sibuk sign autograph nk bg kt tuan2 punya krete yg x reti bayor parking @ parking x ikut tempat kot..x jadi la..kang x pasal aku pun dpt autograph tu..ohh tidakk..
Oleh itu, step ke-2 gi JJ la..apa lagi tgh sales lak tu...wah sonok aku window sopping..(ngintai je la kan..) Lela sebenarnya nk beli printer baru tuk komputer dia, so aku ni teman la..smpai kt tpt printer, diorg ckp kalau beli esok dpt voucher..hehe..aku ngan Lela pun order je la dulu printer tu..esok dtg lagi..(bab2 sopping ni aku mmg ghajin..)
Ptg tu xde buat apa sebenarnya, kak G pun smpai ngan famili dia sbb mlm tu nk balik kg ngan mak, nk bwk mak balik naik kapal terbang (bila ek aku bole rasa?)..so aku pun teruja la..nk ikut pi anto ke LCCT tu..hmm ingat dekat je..idok la aku nk saje2 gi aje lepas ni...

Last2 dpt gak parking tuk pi Avon ni..

Menunggu waktu berlepas..

Dapat posing pun cukup la...

Khamis

Hari yg mengujakannn..yey yey gi sopping..

Memula niat nk gi sopping dulu baru amik Zhaim bwk gi umah kwn Lela (ex-dormmate aku gak) dpt baby..tapi ibu Zhaim kena gi peksa pg tu, so dia anto Zhaim awal la..pastu teringt kt kakak2 n abg Zhaim dok mana? Ayah dia x keje ke? Tanya la jugak kat Abg Ngah.. ghopenya mereka akn ditinggalkan bertiga di umah, so x smpai lak ati aku..bwk jugak mereka bersama..

Sampai JJ org belum ramai lagi..so ade la susah carik parking..hmm disebabkan aku bwk bebudak berempat tu, so xder la syok sgt sopping kan..(kalau x mau petang baru gi umah Naziha, hehe). Apa yg aku dpt ek? xde apa pon sebenarnya xde yg menarik utk dibeli...Lela beli printer dia..n aku lak nk cukupkan wang terkumpul utk redeem voucher sempat la grab satu handbag (hehe Lela yg bayo), kebetulan lau kt situ diorg tgh buat "happy hour" so disc 80%, apa lagi..aku pun rambang mata la..


Ni apa yg dibeli.....


Kakak yg dah penat......

18 March, 2009

Cuti-cuti Malaysia...

Yey..yey..hari ni aku cuti..2 hari lagi..
Ingat kena anta mak gi airport ptg ni..
tapi mak kata suh Iri anto..so kita enjoy..
Ops..pagi ni kena gi sopping dulu..
nnt balik kita citer..

15 March, 2009

Salam pembukaan..

Semuanya kerana Allah..(ni aku jumpa dlm majalah feberet aku NUR)

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud,
"Tidak ada sesuatu yg paling disukai Allah selain drp 2 titisan & 2 kesan. 2 titisan itu adalah titisan air mata yg keluar kerana Allah & titisan darah yg tumpah dlm perjuangan di jln Allah & kesan kerana menunaikan kefardhuan yg telah difardhukan oleh Allah."
(Riwayat at-Tarmidzi)

Hidup adalah perjuangan yg panjang & kita harus berusaha bersungguh2 jika kita mahukan hasil yg terbaik. Namun mmg benar, dlm perjuangan, tak semuanya akn berjalan lancar. Akan ada yg menghalang, yang kadangkala buat kita jatuh tersungkur & menangis. Namun jika hidup ini kita sandarkan kpd Allah semata2, kita pasti tidak akn lelah berjuang. Kita pasti tidak akan rasa penat & kecewa andainya kita berdepan dugaan dan cabaran. Ini kerana kita sedar, setiap perlakuan kita persembahkan kerana Allah, bukan keran manusia lain atau mengharapkan habuan dunia.

Pesanan seorang ahli hikmah, "Contoh org yg beramal dgn riak @ sum'ah itu bagaikan org yg keluar ke pasar dan mengisi poketnya dgn batu, sehinggakan semua org yg melihat poketnya berasa kagum dan berkata, alangkah byknya wang org itu, tetapi hakikatnya dia sama sekali tidak berwang kerana tidak dpt membeli apa2 dgn batu tersebut tetapi hanya sekadar mendapat pujian org semata."

Kata Ali bin Abi Talib pula, "Tanda org yg riak itu ada 4 iaitu malas jika bersendirian, dan tangkas bila dihadapan org, dan menambah amalnya jika dipuji, dan mengurangi jika dicela."