15 March, 2009

Salam pembukaan..

Semuanya kerana Allah..(ni aku jumpa dlm majalah feberet aku NUR)

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud,
"Tidak ada sesuatu yg paling disukai Allah selain drp 2 titisan & 2 kesan. 2 titisan itu adalah titisan air mata yg keluar kerana Allah & titisan darah yg tumpah dlm perjuangan di jln Allah & kesan kerana menunaikan kefardhuan yg telah difardhukan oleh Allah."
(Riwayat at-Tarmidzi)

Hidup adalah perjuangan yg panjang & kita harus berusaha bersungguh2 jika kita mahukan hasil yg terbaik. Namun mmg benar, dlm perjuangan, tak semuanya akn berjalan lancar. Akan ada yg menghalang, yang kadangkala buat kita jatuh tersungkur & menangis. Namun jika hidup ini kita sandarkan kpd Allah semata2, kita pasti tidak akn lelah berjuang. Kita pasti tidak akan rasa penat & kecewa andainya kita berdepan dugaan dan cabaran. Ini kerana kita sedar, setiap perlakuan kita persembahkan kerana Allah, bukan keran manusia lain atau mengharapkan habuan dunia.

Pesanan seorang ahli hikmah, "Contoh org yg beramal dgn riak @ sum'ah itu bagaikan org yg keluar ke pasar dan mengisi poketnya dgn batu, sehinggakan semua org yg melihat poketnya berasa kagum dan berkata, alangkah byknya wang org itu, tetapi hakikatnya dia sama sekali tidak berwang kerana tidak dpt membeli apa2 dgn batu tersebut tetapi hanya sekadar mendapat pujian org semata."

Kata Ali bin Abi Talib pula, "Tanda org yg riak itu ada 4 iaitu malas jika bersendirian, dan tangkas bila dihadapan org, dan menambah amalnya jika dipuji, dan mengurangi jika dicela."

No comments:

Post a Comment